Semalam kelab bimbingan dan kaunseling telah melawat rumah adik Sakinah. Sakinah merupakan murid SKRM. Dia tinggal bersama keluarga yang serba kekurangan. Kebetulan semasa kami sampai, TV3 Bersamamu dan pelajar-pelajar dari Politeknik Ipoh berada di sana bergotong-royong membersihkan rumah tersebut. Terasa ingin menitik air mata ini apabila melihat keadaan rumah itu bersama keluarganya yang serba kekurangan. Memang sukar dibayangkan di bandaraya yang serba maju ini masih terdapat kemiskinan tegar sebegini dan lebih menyedihkan lagi beliau yang terlibat adalah murid kita sendiri, murid Raja Muda.
Kehadiran TV3 semalam juga membawa bersama beberapa penyumbang yang menyumbangkan keperluan asas seperti makanan dan keperluan pelajaran.
Pihak sekolah bersama PIBG akan mengadakan satu program di rumah itu pada hari Sabtu ini. Kami akan mengecat rumah terasebut dan membersihkan kawasan sekitar rumah tersebut.
Bilik mandi yang digunakan oleh mereka menggunakan air tadahan hujan.
Makcik Sakinah yang telah lama terlantar sakit

Ibu kepada Sakinah yang bekerja sebagai pembantu restoran
Sesiapa yang prihatin bolehlah menyumbangkan kepada pihak yang terlibat melalui sekolah atau terus kepada keluarga Sakinah.
kesian i ingt lg time i skola tadika i satu skola ngan sakina.i slalu buli sakina.sowi.i x tau you idup ssah
ReplyDelete