Monday, July 19, 2010
PERMATA SKRM - ADIK DORA ZETI AZMI
Adik Dora Zeti Azmi adalah seorang murid dari kelas 4 Zuhrah. Minat beliau begitu mendalam dalam bidang bacaan. Sekarang segala bacaannya itu telah dihimpunkan dan dibentuk menjadi sebuah cerita. Idea beliau telah dicetak menjadi sebuah buku. Kini buku pertama hasil nukilan adik Dora yang bertajuk Ben telah terdapat di pasaran. Buku ini mengandungi 22 buah cerita pendek. Kepada sesiapa yang ingin membaca hasilan beliau boleh didapati di perpustakaan sekolah. Pihak sekolah begitu bangga kerana mempunyai seorang murid yang mempunyai bakat besar dalam bidang penulisan. Pihak sekolah juga mengalu-alukan segala bakat yang terdapat dalam diri murid-murid agar dapat ditonjolkan. Para guru akan sentiasa memberi dorongan, bimbingan dan tunjuk ajar kepada setiap murid agar bakat tersebut dapat dijulang ke peringkat yang tertinggi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment