Monday, July 5, 2010

PERTANDINGAN NASYID MU'MIN PERINGKAT NEGERI SELANGOR



3 Julai 2010 yang lalu SKRM telah menyertai Pertandingan Nasyid Mu'min Peringkat Negeri Selangor. Pertandingan ini telah disertai oleh sekolah-sekolah dari segala pelosok negeri Selangor.Alhamdulillah sekolah kita telah memenangi vokal lelaki terbaik dan seterusnya menyandang JOHAN peringkat negeri Selangor dan akan mewakili Selangor untuk bertanding di peringkat kebangsaan. Mereka telah membawa pulang sijil penghargaan dan wang tunai sebanyak RM700. Tahniah diucapkan kepada Kumpulan Nasyid Darul Rahman ini kerana usahanya selama ini menghasilkan kejayaan. Tingkatkan usaha lagi semoga akan berjaya diperingkat kebangsaan nanti. Insyallah.
TAHNIAH KEPADA :
1. MUHAMMAD AIMAN HAKIM B HJ. M. SABRI - 6 ZUHRAH
2. AHMAD IRFAN B . KHOIRI - 5 UTARID
3. KALIFF AKHYAR B WAFI NAZRIN - 5 UTARID
4. FAREZ AMIRUL IRFAN B MOHD FADZIL - 6 BUMI
5. HAZIQ FITRIE B HJ M.SABRI - 6 BUMI
6. AHMAD FAHMI B ABU YAMIN - 5 ZUHRAH
7. MUHAMMAD DANISH B. NORKHAIDZIR - 6 ZUHAL
8. AHMAD HAKIMI B AZHARUDDIN - 5 BUMI
9. MUHAMMAD AMMAR QAYYUM B. ZAINUDDIN - 5 ZUHAL

4 comments:

  1. Assalamualaikum. Tahniah kepada semua pelajar Kumpulan Nasyid Darul Rahman SKRM serta tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru yang terlibat dan semua yang memberi sokongan. All the best in the upcoming competition at national level in Johor Bahru. Kudos to all of you!!

    Salam daripada Ibu & Ayah Kaliff.

    ReplyDelete
  2. hahaha...x sangka kite bleh mng kn ...hrp2 final nnti bleh mng gak...

    ReplyDelete