Tuesday, January 12, 2010

ROAD RUN SKRM


Kejohanan Road Run atau merentas desa SKRM Kali Ke-3 akan diadakan 22 Januari 2010. Kejohanan ini adalah sebagai pembuka tirai program sukan sekolah. Kejohanan ini adalah berkonsepkan "Sukan Untuk Semua", maka dengan itu, penyertaan ini adalah melibatkan murid Tahap 2 secara menyeluruh.
Kejohanan ini melibatkan penggunaan sekitar kawasan Seksyen 4, Shah Alam.
Mulai minggu ini latihan telah dimulakan bermula dengan Rumah Biru ( Isnin), Rumah Kuning ( Selasa ), Rumah Hijau (Rabu) dan Rumah Merah ( Khamis ). Walau bagaimanapun, Larian Percubaan akan diadakan pada 21 Januari ini bagi membiasakan murid-murid kepada trek larian.
Road run ini akan mencungkil bakat larian jarak jauh SKRM selain memberi galakan dan kepentingan senaman dan sukan kepada semua pelajar dan guru yang terlibat agar warga sekolah sentiasa cergas dan cerdas.
Mata akan dikumpulkan mengikut rumah sukan masing-masing. Rumah sukan yang mengumpul mata terbanyak akan memberi peluang untuk mendahului kutipan mata pada Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-19 yang akan diadakan pada 6 April 2010 di Stadium Panasonic, Seksyen 21 yang bakal tiba tidak lama lagi.
OLEH ITU........
Berlatih lah dari sekarang agar anda dapat memberi saingan sengit kepada rakan-rakan anda selain menyumbangkan banyak mata kepada rumah sukan sendiri...



SELAMAT BER"ROAD RUN"

No comments:

Post a Comment